NAMA GURU: ABDUL AZIZ BIN ABU BAKAR
ISIPADU CECAIR
MATA PELAJARAN : Matematik
MASA : 09.00 – 10.00 Pagi ( 60 minit )
KELAS: Dua Cemerlang
TOPIK : Isipadu Cecair
SUB TOPIK : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair.
HASIL PEMBELAJARAN : Pada Akhir Pengajaran Murid Dapat Mencatat Isipadu Cecair Yang Disukat.
KUMPULAN SASARAN : Kumpulan Murid Cemerlang
BAHAN : Gelas, Balang, Botol Air, Cawan, Air Warna, Kad Jawapan, Bikar Lembaran Kerja.
AKTIVITI P & P : Berkumpulan Mengikut Stesyen
STESYEN KEMBOJA
Kad Arahan :
- Pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan berempat.
- Masa yang diperuntukkan di stesyen ini selama 4 minit.
- Di stesyen ini terdapat 5 pasangan bekas yang mengandungi isipadu cecair di dalamnya.
- Pasangan bekas dilabelkan A, B, C, D dan E.
- Setiap bekas pula dilabelkan dengan i dan ii.
- Bandingkan di antara keduanya.
- Catatkan bekas yang mempunyai lebih banyak air.
- Catatkan bekas yang mengandungi lebih sedikit air.
- Catatkan Keputusan kumpulan anda dalam kad Jawapan.
- Bawa bersama kad jawapan yang telah siap apabila bergerak ke stesyen yang lain.
- Sila bergerak ke stesyen seterusnya.
- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid ( individu ).
- Guru & murid berbincang tentang hasil jawapan murid.
No comments:
Post a Comment