Thursday, October 21, 2010

isipadu cecair tahun 2 kumpulan lemah dan sederhana


NAMA GURU: ABDUL AZIZ BIN ABU BAKAR

ISIPADU CECAIR


MATA PELAJARAN : Matematik

MASA : 10.30 – 11.300 Pagi ( 60 minit )
KELAS : Dua Kesejahteraan
TOPIK : Isipadu Cecair
SUB TOPIK : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair.
HASIL PEMBELAJARAN :  Pada Akhir Pengajaran Murid Dapat Mencatat Isipadu Cecair Yang Disukat.
KUMPULAN SASARAN : Kumpulan Murid Lemah dan Sederhana
BAHAN : Gelas, Balang, Botol Air, Cawan, Air Warna, Kad Jawapan, Bikar     Lembaran Kerja.
AKTIVITI P & P : Pengajaran Secara Kumpulan






Langkah Pengajaran :
  1. Guru mempamerkan bikar dan silinder penyukat di hadapan kelas.
  2. Guru dan murid berbincang tentang cirri-ciri dan kegunaan bikar dan silinder penyukat.
  3. Seorang murid dipilh sebagai penunjukcara menyukat cecair menggunakan bikar dan silinder penyukat.
  4. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu BIRU, HIJAU, KUNING dan MERAH.
  5. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menganggarkan jumlah isi padu cecair berwarna yang tersedia di dalam botol minuman dan bekas minuman lain dalam kumpulan masing-masing.
  6. Guru mencatatkan jawapan yang disebut oleh wakil setiap kumpulan di papan tulis.
  7. Guru menyuruh setiap kumpulan menyukat isi padu cecair berwarna menggunakan bikar penyukat.
  8. Wakil setiap kumpulan menulis hasil sukatan cecair di papan tulis.
  9. Guru merumuskan dapatan daripada aktiviti setiap kumpulan.
  10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan.
















No comments:

Post a Comment